DEFINASI KOMUNIKASI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
- perbuatan menghantar matklumat; dan
- proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.
ELEMEN PENTING KOMUNIKASI
Terdapat berbagai-bagai takrif komunikasi, dari takrif yang mengiktiraf komunikasi antara manusia sehinggalah yang hanya mengiktiraf komunikasi antara alatan atau mesin sahaja. Bagaimanapun, komunikasi biasanya diperikan berdasarkan enam elemen utama, seperti yang berikut:
- Kandungan (apakah yang disampaikan?)
- Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa? atau oleh apa?)
- Bentuk (apakah bentuknya?)
- Saluran/Medium (apakah perantaranya?)
- Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa? atau kepada apa?)
- Tujuan
No comments:
Post a Comment