Penilaian Prototaip adalah satu kerangka untuk menilai sejauh mana prototaip itu sesuai untuk digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Modul ini akan menjelaskan konsep prototaip, perisian dan penilaian perisian
Dalam zaman perkembangan teknologi ini, adalah amat penting bagi kita menyedari penggunaan pelbagai jenis perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan berbagai peringkat kualiti perisian yang terdapat dalam pasaran dan sumber-sumber lain seperti internet, guru akan menghadapi tugas menilai perisian yang sesuai digunakan untuk membantu proses pembelajaran. Oleh sebab penilaian agak rumit dan mengambil masa yang panjang, guru-guru harus cekap dan mahir dalam bidang ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.
Bagi memulakan proses penilaian, objektif-objektif kurikulum bagi mata pelajaran tertentu harus dipadankan dengan objektif-objektif program komputer. Ini boleh dilakukan melalui semakan dokumentasi yang diedarkan bersama dengan perisian itu. Aspek ini perlu diambil kira semasa perisian itu disemak. Jika kekurangan atau kesalahan timbul semasa penyemakan, keputusan harus diambil samada untuk menerima atau mengetepikan kekurangan itu. Sekiranya kekurangan tersebut terlalu nyata, perisian yang berkenaan tidak boleh digunakan.
Selepas proses penyemakan dijalankan, sekumpulan pelajar diminta mencuba program itu. Pencapaian setiap pelajar itu kemudian dibandingkan dengan objektif kurikulum. Jika program itu didapati berkesan, maka perisian boleh dibeli atau digunakan dalam pelajaran.
No comments:
Post a Comment