Autisma
Pengenalan
Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 – 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan murid autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah.
Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai
( Bauserman, 1981).
Autisma dapat dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang melibatkan interaksi sosial,ramai murid dalam situasi tersebut tidak dapat menunjukkan potensi sebenar.Menurut Simpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autisma merupakan sebahagian kumpulan yang unik bilamana dibandingkan dengan kanak-kanak berketidakupayaan yang lain.
Definisi Dan Punca Autisma
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisma adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.
Punca berlaku autisma
Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autism membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
1.kerosakan otak
Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar.
2.Genetik
Kecelaruan autistik boleh diwarisi.
3.Komplikasi semasa kandungan
Dalam kes tertentu autism dikaitkan dengan gangguan semasa atau selepas mengandung, termasuk
- Kekurangan oksigen semasa kelahiran
- Keracunan thalidomide
- Rubela kongenital
- Encephalitis
- Measles-campak
- Mum-Begok (Chess, Korn, & Fernandez, 1971).
4. Kedudukan anak juga ada kaitan iaitu:
- Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga
- Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada empat orang (Mesibov et al.,1997)
5. Faktor Pemakanan Yang Tidak Seimbang Dan Berkhasiat
Pemakanan yang seimbang merupakan saranan yang terbaik untuk menjamin kandungan yang bakal lahir tidak bermasalah. Kebiasaannya ibu yang mengandung akan mengalami alahan yang teruk dan ini menyumbang kepada pemilihan makanan yang tidak sihat dan berkhasiat. Contohnya kekurangan zat besi akan menyebabkan bayi tumbesarannya terbantut.
6. Emosi Ibu Yang Mengandung Yang Sering Murung
Semasa mengandung, ibu dan ahli keluarga perlu memastikan tahap emosi berada dalam keadaan terkawal. Ini kerana emosi yang terganggu seperti bergaduh dengan suami akan memberi kesan kepada emosi si ibu untuk bersikap murung dan seterusnya memberi kesan yang negatif kepasa bayi yang bakal lahir.
7. Kesihatan ibu yang sering terganggu
Ibu yang mengandung perlu memastikan kesihatan diri sentiasa terkawal dan dipantau agar masalah yang dihadapi / penyakit dapat dikesan dan dirawat dengan segera. Kesihatan yang sering terganggu menyebabkan ibu yang mengandung sukar untuk memberi tupuan kepada bayi yang dikandung.
- Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan ibunya.Teratogen memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu pertama kehamilan.
Di antaranya ialah :
- Thalidomide
- Asid Valproik
- Misoprostol
- Jangkitan Rubella pada ibu
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisma
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
1.Komunikasi –
- Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
- Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
- Kurang cerdas semasa bermain
- Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
- Ekolalia
- Tidak suka bertentang mata dengan orang lain
2.Tindak balas sosial
- Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
- Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
- Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Suka bermain sendirian
- Tidak suka bergaul
3.Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
- Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan
- badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
- Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
- Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
- Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
- Sukakan rutin
- Cederakan diri sendiri
- Tidak suka disentuh
Selain dari itu murid Autisma juga bermasalah dari segi:
- Kerencatan bahasa
- Masalah kefahaman
Pertimbangan Pendidikan
Guru perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberi peneguhan positif kepada murid Autisma. Situasi ini akan merangsang mereka untuk berkomunikasi dan aktif dalam aktiviti pembelajaran. Di samping itu juga sebagai guru kelas, murid Autisma perlu diberi peluang untuk membentuk kemahiran dalam pelbagai situasi. Guru perlu perkenalkan situasi yang berbeza untuk murid Autisma merasa perbezaan. Ini kerana mereka sukakan rutin. Oleh itu dengan sedikit perubahan yang dibuat, murid akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan sekaligus mendapat pengalaman serta pengetahuan baru.
Murid Autisma berpotensi dalam akademik. Prestasi mereka diukur melalui pemerhatian dan diubahsuai jika guru tidak berpuashati.Kerjsama ibu bapa dan guru dalam kaedah terapi amat memberi kesan kepada kemajuan diri murid Autisma. Antara kaedah yang dapat digunakan ialah kaedah terapi Floortime iaitu murid didedahkan ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Kaedah Terapi Pertuturan akan membantu murid Autisma bertutur dengan bahasa dan situasi yang sesuai. Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah TEACCH (Training and Education of Autistic and Related Communication Handicapped) iaitu kaedah yang menggunakan bahan visual untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran berdikari seperti menyusun pakaian secara teratur. Kaedah dijelaskan dengan kad gambar secara berperingkat iaitu dari mudah kepada susah.
No comments:
Post a Comment