DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Definisi

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang.
text 1
Pendidikan Khas menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
 text2

No comments:

Post a Comment