KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL ASAS PENDIDIKAN (AUTISME)
EDUP2083
TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN (AUTISME)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang | i | |
Kandungan | ii | |
Panduan Pelajar | ii | |
Pengenalan | v | |
Agihan Tajuk dan Unit | vi | |
UNIT 1 | TEKNOLOGI, MEDIA DAN REKA BENTUK PENGAJARAN | 1 |
UNIT 2 | VISUAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | 9 |
UNIT 3 | AUDIO UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | 20 |
UNIT 4 | VIDEO UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | 26 |
UNIT 5 | MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | 48 |
UNIT 6 | 65 | |
Bibliografi | 83 | |
Panel | 84 | |
Simbol | 85 |
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen asas yang konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan
Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Teknologi dan Media Pengajaran (Autisme) untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
HASIL PEMBELAJARAN (diambil dari MK)
- Menjelaskan konsep teknologi, media, reka bentuk pengajaran dalam bentuk infografik bagi kanak-kanak autisme. (C2,HP1).
- Menghasilkan multimedia interaktif daripada pelbagai sumber yang sesuai untuk kanak-kanak autisme (C6, HP3,CTPS11).
- Membentangkan hasil multimedia interaktif secara berkumpulan (A4, HP5,TS6).
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna |
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK | JUMLAH JAM | |||
KESELU- RUHAN DALAM MK 39 JAM | INTERAKSI BERSEMUKA 60% 23 JAM | MODUL 40% 16 JAM | ||
KULIAH 40% 16 JAM | DALAM TALIAN 20% 7 JAM | |||
1. Teknologi, Media dan Reka bentuk Pengajaran • Konsep Teknologi, Media dan Kerangka Rigor and Relevance (K) • Konsep reka bentuk pengajaran menggunakan model ASSURE dan ADDIE (M) | 3 | 1 | 2 | |
2. Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran • Panduan mereka bentuk visual – CASPER. (M) • Sumber visual dan format fail digital. (K) • Pengubahsuaian dan penghasilan bahan visual. (O) • Penggunaan perisian penyunting grafik yang terpilih (O) | 4 | 2 | 1 | 1 |
3. Audio untuk Pengajaran dan Pembelajaran • Sumber audio dan format fail digital (M). • Perancangan, rakaman dan penyuntingan bahan audio (M) • Penggunaan perisian penyunting bunyi yang terpilih.(M) | 4 | 4 | ||
4. VIDEO UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • Sumber video dan format fail digital. (M) • Perancangan dan teknik rakaman bahan video (M) • Penghasilan dan penyuntingan bahan video klip (K) • Penggunaan perisian penyunting video yang terpilih.(O) | 6 | 2 | 1 | 3 |
5. Multimedia Interaktif untuk Pengajaran dan Pembelajaran • Pembangunan papan cerita (K) • Penyediaan sumber audio, video, grafik, teks. (K) • Perancangan pembangunan bahan multimedia interaktif.(O) • Penilaian bahan multimedia (M) | 8 | 5 | 2 | 1 |
6. Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran • Alatan pendidikan atas talian (Enjin carian,bahan perkongsian terbuka) (M) • Gamifikasi dalam pembelajaran (ipad/ tablet) (K/O) | 6 | 2 | 1 | 3 |
7. Pengurusan Sumber Bahan Bantu Mengajar • Sistem Pengurusan Pusat Sumber (Pengkelasan dan Pengkatalogan) (M) • Penilaian Sumber Pengajaran (O) • Pembangunan objek pembelajaran (K) • Sumber Pembelajaran Digital (MOOC) (K) | 5 | 3 | 1 | 1 |
8. Isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran bagi kanak-kanak autisme. • Cabaran transformasi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini: - Kesediaan guru dan pelajar (O), - sokongan organisasi dan - kesediaan teknologi (seperti Augmented Reality, Smartboard, Wearable Technology) (M) | 3 | 1 | 1 | 1 |
JUMLAH | 39 JAM | 16 JAM | 7 JAM | 16 JAM |
UNIT 1 | PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM |
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, definisi, falsafah, matlamat, objektif, kandungan, dasar dan kepentingan kurikulum Pendidikan Islam. Di sampaing asas-asas agama dalam bidang Pendidikan Islam yang menjadi sandaran perbincangan, pendapat-pendapat sarjana Islam turut diambil kira dalam memahami matlamat dan falsafah Pendidikan Islam.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
- Konsep Pendidikan Islam
- Definisi Pendidikan Islam
- Falsafah Pendidikan Islam
- Matlamat Pendidikan Islam
- Objektif Pendidikan Islam
- Refleksi/ Tugasan
1.1 Konsep Pendidikan Islam
Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna; pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan. Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan. Oleh itu Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil ‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah SWT. ialah Pendidik Yang Teragung. Perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting; iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan.
…………………………………………………………
…………………………………………………………..
1.2 Definisi Pendidikan Islam
Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi yang dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:
- Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna.
- Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
“proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”.
- Bincangkan aplikasi falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan As-Sunnah dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.
UNIT 2 | PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM |
SINOPSIS
Kursus ini juga membincangkan sejarah pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rasyidin, zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
2.1 Zaman Rasulullah SAW
2.2 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
2.3 Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah
2.4 Refleksi/ Tugasan
2.1 Zaman Rasulullah SAW
Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang merubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat keduniaan semata-mata.
- Pendidikan Islam di Madinah
Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan.
Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW telah mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al-suffah. Ia merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, Syariah, Akhlak), khat, sejarah dan bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.
Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam beberapa bentuk
Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah
i. Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW atau para sahabat daripada Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
ii. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.
iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal (menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.
2.2 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M–40H/661M) diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik di samping pada masa yang sama mentadbir negara.
Pada abad ini ahli-ahli astronomi Islam telah memiliki akar yang kuat dan kukuh dalam bidang ini. Segala ilmu pengetahuan yang ada dan ilmu yang sebelumnya mengenai astronomi digabungkan sehingga menghasilkan satu ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu pengetahuan dan penemuan-penemuan pada abad ke 9 ini telah menjadi rujukan yang berkualiti pada dua abad selepasnya.
Kesimpulannya, kesan dari faktor-faktor diatas maka lahirlah pelbagai ilmu terutama ilmu yang melibatkan sains. Sesungguhnya pencapaian dan usaha yang dibuat oleh tokoh-tokoh Islam ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Mereka adalah orang yang mempraktikkan Islam dan mempunyai dedikasi terhadap kerjaya mereka.
- Bina satu grafik bagi menjelaskan perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW, Khulafa’ Ar Rashidin, Zaman Umaiyyah dan zaman Abasiyyah dari sudut institusi, kurikulum dan metodologi.
UNIT 3 | Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia |
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengenalan, matlamat, objektif, kandungan dan kepentingan/kelebihan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
- Menghuraikan pengenalan, matlamat, objektif, kandungan
- Mengenal pasti kepentingan/ kelebihan Pendidikan Islam.
KERANGKA TAJUK
- Pengenalan
- Matlamat
- Objektif
- Kandungan
- Kepentingan / Kelebihan
- Refleksi/ Tugasan
3.1 Pengenalan
Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam. Ia merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia menekankan kepada penghayatan terhadap akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadat ibadat khusus dan umum serta memberikan panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri terhadap pencipta, manusia dan alam. Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan masyarakat terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu sentiasa dinilai agar segala kelemahan dapat diperbaiki dan ditambah baik. Harapannya supaya hasil pembelajaran yang disampaikan oleh para pendidik dapat melahir- kan pelajar yang berilmu pengetahuan serta dapat menjadikannya sebagai amalan harian dalam setiap aspek cara hidup mereka. Sehubungan itu, artikel ini cuba melihat sejauh mana Pendidikan Islam dilaksanakan dapat memenuhi matlamat yang disasarkan. (Roslan, et. al, 2011).
3.2 Matlamat
Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Proses pendidikan Islam akan membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa. Menurut al-Ghazali, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni. Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat.
3.3 Objektif
Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam berkebolehan:
i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;
vi. Memahami dan mengamalkan asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;
3.4 Kandungan
Kandungan kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut,
Rajah: Bidang-bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSR
- Bincangkan aplikasi falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan Al--Sunnah dalam pembentukan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.
- Huraikan persamaan, perbezaan, kelebihan dan kekurangan KLSR, KBSR dan KSSR serta keperluan kurikulum ini dalam era hari ini.
UNIT 4 | Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia |
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, kurikulum KBSR dan KBSM dan kurikulum KSSR dan KSSM.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menjelaskan perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
ii Menghuraikan kurikulum KBSR dan KBSM.
iii Menghuraikan kurikulum KSSR dan KSSM.
KERANGKA TAJUK
4.1 Perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
4.2 Kurikulum KBSR dan KBSM
4.3 Kurikulum KSSR dan KSSM
4.4 Refleksi/ Tugasan
4.5 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PnP dalam talian seperti dinatakan dalam Agihan Tajuk)
4.1 Perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Zaman Kerajaan Melayu Melaka
Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam
Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran.
- Analisis secara banding beza sejarah pendidikan di zaman
Rasulullah SAW., khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan
Bani Abasiyah. - Bincangkan ciri-ciri pendidikan di Malaysia sebelum dan
selepas merdeka. - Bincangkan ciri-ciri penting kurikulum Pendidikan Islam KBSR.
- Bincangkan ciri-ciri penting kurikulum Pendidikan Islam KSSR.
- Jelaskan persamaan dan perbezaan di antara kurikulum
Pendidikan Islam KBSR dengan kurikulum Pendidikan Islam
KSSR serta KSSM.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN |
- Media Digunakan
- Facebook Live/Whatsapp/Instagram
- Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelaran: Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia
i. Sebelum dan Selepas Merdeka. (T) (rujuk dalam Agihan Tajuk)
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
- Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sebelum merdeka
- Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia selepas merdeka
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
- Semakan kehadiran
- Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
- Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
- Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian.
UNIT 5 | ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM KSSR |
SINOPSIS
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
5.1
5.2
........
UNIT 6 | Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam |
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu-isu semasa kurikulum Pendidikan Islam.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menghuraikan Pendidikan bertaraf dunia
ii Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
ii Kesepaduan ilmu
KERANGKA TAJUK
- Pendidikan bertaraf dunia
- Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
- Kesepaduan Ilmu
- Refleksi/ Tugasan
- Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PnP dalam talian seperti dinatakan dalam Agihan Tajuk)
6.1 Pendidikan Bertaraf Dunia
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan
KESIMPULAN
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu. (http://sarjana.tripod.com/taraf1.html)
- Bincangkan secara terperinci aspek kesediaan guru dalam menangani isu pendidikan sebagai seorang pendidik dalam abad ini.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN |
- Media Digunakan
- Facebook Live
- Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam (rujuk dalam Agihan Tajuk)
- Kesepaduan Ilmu (T)
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
- Konsep kesepapduan Ilimu
- Kesepaduan ilmu agama (al-Naql) dan ilmu sains (al-Aql)
- Kesepaduan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
- Semakan kehadiran
- Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
- Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
- Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi pembelajaran dalam talian
IBLIOGRAFI
Abd Aziz Yusof. (2013). Pengurusan pendidikan Islam, mekanisme transformasi ummah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum metodologi dan pedagogi pengajian Islam: KPLI Pengajian islam & j-QAF (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Al-Ghazali. (2013). Mutiara Ihya Ulumuddin. (Al-Syeikh Muhammmad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi. Terj.) Shah Alam: Illusion Network.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran dan pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam.Tanjung Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. (2015). Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
PENYELARAS MODUL PDPP
Bil. | Nama | Pegawai Akademik |
1 | Othman bin Loman | Bidang Pendidikan Islam |
PANEL PENGGUBAL PDPP
PIMKD2013
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Bil. | Nama | Kelayakan Akademik |
1 | Dr Nor Kartina bt Tawang | Ijazah Doktor Falsafah (Syariah)), UNISZA Sarjana Pengajian Islam (Syariah) UKM Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan, KUSZA |
2 | Engku Zarihan bt Engku Abdul Rahman | Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir. Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor. |
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio. | |
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’. | |
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran). | |
Gunakan bahan-bahan multimedia. | |
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. | |
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir. | |
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. | |
Senarai semak. | |
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. | |
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. | |
Buatkan catatan atau nota-nota penting. | |
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. | |
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah. | |
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD. | |
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. | |
Rujukan surat khabar. | |
Panduan kepada pengguna. | |
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. | |
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. | |
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. | |
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan). | |
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Bahan Pembelajaran Pembelajaran dalam talian | |
Media Sosial |
No comments:
Post a Comment