MASALAH PENGLIHATAN

MASALAH PENGLIHATAN

Pengenalan
Kecacatan penglihatan boleh terjadi di kalangan pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza. Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap penglihatan rendah kepada tahap buta. Di Malaysia, keadaan buta untuk semua peringkat meliputi 0.2% dan tahap penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk (berdasarkan National Eye Survey 1996). Kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak berumur antara 7-15 tahun adalah 0.1% (berdasarkan Refractive Error Study in Children, 2003).
Bahagian-Bahagian Mata
Gambarajah mata normal menunjukkan bahagian-bahagian bola mata
Gangguan pada kornea, kanta, gelemaca, retina dan saraf optic boleh menyebabkan kecacatan penglihatan.

Bilakah seseorang itu dikatakan mengalami cacat penglihatan?

 Menurut World Health Organization (WHO) Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila:
  • Penglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya.
  • Tahap medan penglihatan (visual field) kurang dari 10 darjah pada kedua-dua belah mata.
  • Kebanyakan orang yang cacat penglihatan masih mempunyai sedikit penglihatan. Walaupun mereka menggunakan tongkat, tidak bermakna mereka tidak dapat melihat apa-apa pun.
7

Apakah penyebab cacat penglihatan?

Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
  • Kecacatan ‘congenital’/ semulajadi seperti ‘congenital cataract, congenital glaucoma’.
  • Masalah semasa hamil seperti jangkitan kuman akibat ‘rubella, toxoplasmosis’ dan minum arak (alcohol).
  • Penyebab perinatal – ‘retinopathy of prematurity’
  • Jangkitan kuman pada mata – ‘ophthalmia neonatorum’
  • Peringkat lewat kanak-kanak.
  • Rabun disebabkan ‘Refractive Error’
  • Ambliopia/mata malas
  • Juling
  • Parut pada lapisan kornea – jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
  • Penyakit akibat keturunan – ‘albino, retinitis pigmentosa’
sukan 2010

No comments:

Post a Comment